JellyPages.com

Saturday 29 September 2012

Hukum Wanita Haid Duduk di Masjid

Bismillah.

  TIDAK MENGAPA (dibolehkan) bagi wanita yang sedang haid, nifas atau berhadas besar (berjunub) untuk belajar agama, membaca Al-Quran, mendengar kuliah, duduk-duduk dan diam di dalam masjid.

Antara dalil syarak yang membolehkannya ialah :

1) Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, dia berkata : " Sesungguhnya ada seorang hamba perempuan berkulit hitam milik salah seorang suku dari bangsa Arab, lalu dimerdekakannya, kemudian ia pun tinggal bersama mereka. 'Aisyah berkata : "Kemudian perempuan itu datang kepada Rasulullah sallallahu'alaihi wassalam dan masuk Islam". Aishah berkata:"Dan perempuan itu mempunyai khemah (tempat tinggal) di dalam masjid sebagai tempat penginapannya". 
(HR Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, tidak dapat dinafikan bahawa wanita tersebut sama seperti wanita yang lain, iaitu pasti akan mengalami haid pada setiap bulan namun begitu, tidak ada pengecualian daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam agar wanita tersebut keluar dari masjid jika dia berada dalam keadaan haid.

2) Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata : " Bahawasanya ada seorang lelaki hitam (atau seorang wanita berkulit hitam), yang bekerja membersihkan masjid telah meninggal dunia, lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bertanya tentang wanita tersebut, mereka berkata : " Dia telah meninggal". Beliau bersabda : " Mengapakah kamu tidak memberitahu kepadaku mengenai kematiannya, tunjukkanlah kepadaku kuburnya". Lalu beliau pergi ke kubur lelaki itu (atau perempuan itu) kemudian baginda solat untuknya. 
(HR Bukhari)

Oleh kerana tidak ada larangan daripada Nabi sallallahu 'alaihi wassalam untuk hamba itu tinggal menetap di masjid, walhal kita sedia maklum bahawa wanita pasti mengalami haid pada setiap bulan, namun tidak ada pengecualian daripada Nabi sallallahu 'alaihi wassalam agar wanita itu keluar dari masjid ketika dia haid, malah tidak pernah ada perintah agar hamba ini keluar semasa haid. 
(Lihat Fathul Bari, syarah hadis 458. Ibnu Hajar)

3) Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam pernah menyuruh 'Aisyah radhiyallahu 'anha masuk ke masjid yang mana ketika itu 'Aisyah sedang haid dan beliau tahu akan hal tersebut sebagaimana di dalam hadis :
Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha berkata : " Rasulullah bersabda kepadaku : Ambilkanlah sejadah untukku (sejadah kecil untuk alas sujud). Aku berkata : " Sesungguhnya aku sedang haid. Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda : "Sesungguhnya haidmu bukan di tanganmu".
(HR Muslim, abu Daud, Tirmizi,an-Nasaii, Ibnu Majah, Ahmad dan selain mereka)


Sumber : URD, Hukum Wanita Haid (Berhadas Besar) Duduk Di Dalam Masjid Dan Hukum Lelaki atau Wanita Berhadas (Kecil/Besar) Membaca Al-Quran, hlmn 14

No comments:

Post a Comment