JellyPages.com

Thursday 20 September 2012

Jenis Perkahwinan dalam Bangsa Arab Jahiliyah

Disebutkan dalam Sahih Al-Bukhari dan yang lain bahawa Ummul Mu'minin 'Aisyah radhiyallahu 'anha berkata :

" Sesungguhnya nikah pada zaman jahiliyah ada empat jenis. Pertama, sebagaimana perkahwinan orang sekarang, iaitu seorang lelaki melamar anak orang lain kemudian memberikan mahar dan menikahinya. Kedua, seseorang mengatakan kepada isterinya setelah suci dari haid, "Pergilah kepada si fulan (biasanya seorang bangsawan) dan mintalah untuk digauli". Kemudian suaminya menjauhinya (tidak menggaulinya) sehingga sudah jelas bahawa isterinya telah mengandungkan anak si fulan tersebut, apabila telah jelas tandanya bahawa isterinya telah hamil, barulah si suami menggaulinya jika ingin. Tujuan dari perbuatan ini adalah semata-mata untuk mendapatkan anak yang berketurunan bangsawan. Pernikahan ini dinamakan sebagai 'nikah istibdha'. Ketiga, sekelompok lelaki yang kurang dari sepuluh orang menggauli seorang wanita yang sama, kemudian apabila dia hamil dan melahirkannya serta telah berlalu beberapa malam setelah kelahiran, maka wanita itu akan memanggil lelaki-lelaki tadi dan mereka tidak boleh menolaknya. Lalu mereka berkumpul di hadapan wanita itu, dan dia berkata ," Kalian telah mengetahui apa yang telah kalian lakukan terhadapku dan kini aku telah melahirkan anak, ini adalah anakmu wahai fulan.."dia menyebut nama lelaki yang dia sukai di antara lelaki tersebut dan menyerahkan anak itu kepada si fulan yang dia tunjuk. Keempat, sekelompok lelaki menggauli seorang wanita yang tidak menolak sesiapapun yang menggauli dirinya. Mereka adalah pelacur yang mana mereka memasang pada pintu mereke sebuah tanda sebagai tanda pengenal bagi sesiapa yang ingin menggaulinya. Apabila dia hamil dan melahirkan anak, maka dipanggillah mereka yang telah menggaulinya lalu anak tersebut akan diserahkan kepada lelaki yang dirasakan paling mirip dengan anaknya dan lelaki itu tidak boleh menolak."

(1- H/R al-Bukhari dalam kitab An-Nikah pada bab : Tidak Sah Nikah Tanpa Wali (VI/132133))

(2- H/R Abu Daud dalam Ath-Thalaq tentang ' Nikah yang Terjadi Pada Zaman Jahiliyah' hal 2242)


p/s : Islam telah datang kepada kita setelah duituskan Rasulullah saw, dan kita bukan lagi masyarakat jahiliyah yang hidup dalam kegelapan dan kejahilan. Justeru, jauhkanlah diri daripada segala sifat keji masyarakat jahiliyah seperti yang diriwayatkan oleh Ummul Mu'minin 'Aishah radhiyallahu 'anha. Jauhkan diri daripada zina, peliharalah diri dan maruah kalian ya akhawat... Darjat wanita begitu tinggi dan mulia, jangan biarkan ia diperkotak-katikkan!

No comments:

Post a Comment