JellyPages.com

Sunday 22 May 2011

Bimbinglah Ibu Bapamu Ke Syurga

                      Hari ini, hatiku tergerak untuk berkongsi dengan kalian, anak-anak kepada ibu dan bapa di muka bumi ini mengenai satu ilmu yang sangat hebat yang kuperoleh daripada ceramah Ustaz Rasul Dahri mengenai kitabnya, 


"Selamatkan Rumah Tangga Anda Dengan Titian Sunnah"

Hanya ingin kusentuh sedikit sahaja mengenai kandungan di dalam buku ini yakni, 
si ANAK mampu membawa IBUBAPANYA ke SYURGA...
Subhanallah! 
Seronok kita dengar kan?

Tapi bagaimana ?

Caranya begitu mudah yakni menjadi anak yang soleh dan solehah. Bagaimana?
Apakah syarat-syaratnya?

Yang pertama, tinggalkan perkara syirik.
Yang kedua, tinggalkan bid'ah.
Yang ketiga, tinggalkan perkara-perkara tahyul.

Sahabatku, jasa seorang ibu yang melahirkan anaknya dengan penuh kepayahan, keperitan, kesakitan dan sanggup bertarung nyawanya demi menyelamatkan si anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari amat mengharukan. Bagi si anak, sudah pasti masing-masing ingin memastikan ibu dan bapanya masuk ke syurga tanpa dihisab.

Allah itu Maha Penyayang sahabatku, Dia tahu yang terbaik dan Dia sudah berikan kita jalannya iaitu menjadi ANAK YANG SOLEH.

Antara dalilnya ialah :


1) Dalam Surah At-Tur :21


21. Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka , dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.Maksudnya: anak cucu mereka yang beriman itu ditinggikan Allah derajatnya sebagai derajat bapak-bapak mereka, dan dikumpulkan dengan bapak-bapak mereka dalam surga.

2)   Mafhum hadis : 
"Sabda Rasulullah saw : Apabila mati seorang manusia maka terputuslah amalannya   kecuali tiga perkara iaitu sedekah yang berterusan, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak soleh yang mendoakannya."

3) Keluarga orang yang beriman yang dibina dengan cinta dan kasih sayang akan meneruskan kasih sayang dan cinta mereka sehingga ke akhirat bersama keluarga mereka, kerana nama-nama mereka atau nama keluarga mereka akan dipanggil untuk disatukan di syurga sebagaimana hadis :

"Dari Abi Darda' r.a berkata : Rasulullah saw telah bersabda : Sesungguhnya kamu kelak pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu(berkumpul di syurga), maka pilihlah nama-nama yang baik". 
H/R Abu Daud dan Ibnu Hibban.

4) "Diperintahkan kepada anak-anak di hari kiamat : Masuklah ke dalam syurga. Mereka menjawab : Wahai Rabb-ku, (kami tidak masuk) sehingga bapa dan ibu kami masuk (terlebih dahulu)! Ketika mereka (ibu bapa) datang, maka Allah swt berfirman kepada mereka : Aku tidak melihat mereka terhalang. Masuklah kamu ke dalam syurga. Mereka mengatakan : Wahai Rabb-ku, bapa dan ibu kami? Allah berfirman : Masuklah ke dalam syurga bersama orang tuamu".  
H/R Ahmad dan para perawinya thiqah. Abul Mughirah pula adalah Syuduk(org yg dipercayai).

5) "Mana-mana wanita (berimana) yang meninggal dunia tiga orang anaknya, maka anak-anak tersebut akan menjadi penghalang antara dia dan api neraka. Wanita itu bertanya : Andai dua orang? Sabda Rasulullah : Begitu juga dua orang." 
 H//R Bukhari dan Muslim.



6) "Tidaklah ada seorang Muslim yang meninggal tiga orang anaknya yang belum baligh, kecuali Allah akan memasukkan orang tersebut ke dalam syurga kerana rahmat Allah kepada anak-anak tersebut".
H/R Bukhari.

7) " Tidakkah kamu nanti merasa gembira ketika kamu mendatangi pintu-pintu syurga, ternyata kamu temui dia (anak kamu) sedang menunggu di pintu tersebut berlari-lari menyambut mu dan membuka pintu syurga untuk mu." 
 H/R an-Nasaii dengan sanad sahih.

Untuk mendapatkan maklumat dan ilmu yang lebih banyak, lawatilah laman web Kajian ImamSyafie dan anda boleh lihat sendiri buku ini beserta ceramah daripada penulisnya sendiri. 

Semoga kita masing-masing telah memperoleh manfaat.

Wallahua'lam.

~ ألأم مدرسة الأولى ~

2 comments:

  1. subhanallah , semoga kita mampu untuk menarik kedua ibu bapa kita ke jalan yang bahagia yakni jalan syurga yang telah di janjikan oleh Allah bagi insan yang beramal soleh terhdap perintah dan suruhanNya

    ayuh sahabat ! jum jadi anak yang soleh dan solehah ~semuanya kerana Allah~

    InsyAllah ;thnk for your sharing :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..ayuh! Senang sangat nak jadi anak yang solehah.. Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..Ayuh !
    InsyaAllah sama-sama kita kongsi ilmu yang kita dapat hari ke hari..=)

    ReplyDelete